~ WeLcOmE ~

Selamat Datang and Welcome to Panitia KHB SMK Kempas ... Ketahuilah perkembangan kami melalui blog ini ... Dan jangan lupa untuk follow blog ini ... :)

Monday 2 July 2012

KAJIAN RINTIS DI SMK KEMPAS OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

     Pada hari ini telah diadakan kajian rintis ke atas matapelajaran KHB tingkatan 2 di SMK Kempas.  Kajian ini dilakukan bertujuan untuk membuat penambahbaikan keatas PBS khususnya ke atas matapelajaran KHB tingkatan 2 untuk tahun 2013 nanti.
     Kami Panitia KHB mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Ishak & En. Rohaizad kerana sudi hadir ke SMK Kempas amnya & Panitia KHB khasnya dan seterusnya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pihak kami...Banyak info yang berguna telah kami terima...dan sudah tentunya segala kemusykilan kami telah dapat diselesaikan dengan kehadiran tuan-tuan sekelian...

                TERIMA KASIH EN. ISHAK & EN. ROHAIZAD...




P & P sedang dijalankan...


Guru-guru KHB sedang membuat pemerhatian...


En. Rohaizad sedang memberi penerangan ke atas soalan-soalan yang dikemukan oleh guru-guru,...

En. Mohadi sebagai tenaga pengajar dalam kajian ini...
\


Friday 22 June 2012

JAMUAN UNTUK AZLIN & ANWAR...

     Jamuan ini diadakan di Restoran Remaja Klasik...selepas solat Jumaat...Semua guru KHB dapat menghadirkan diri...termasuklah suami saya & isteri En. Mohadi...terima kasih semua...terima kasih juga kepada Pn.Azlin & En. Anwar...kerana dapat bersama-sama kami semua...

Ketua Bidang...En. Abd. Karim b. Hj. Masiran...


 Guru-guru khb sedang menjamu selera...
Cenderamata untuk En. Anwar...

Cenderamata untuk Pn. Azlin...

Cenderamata dari En. Anwar untuk Panitia KHB...


                                Gambar kenang-kenangan ahli-ahli Panitia KHB bersama-sama ...


Wednesday 16 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU KHB 2012...

     Seperti tahun-tahun sebelumnya...tanggal 16 Mei dinanti-natikan oleh semua warga pendidik yang bergelar guru...tidak ketinggalan juga kepada guru-guru KHB di SMK Kempas...
     Sambutan hari guru pada kali ini telah diadakan pada pukul 12.30tgh...pada tahun-tahun sebelumnya kami menyambutnya selepas aktiviti rasmi Hari Guru peringkat sekolah diadakan...lebih kurang pukul 10.00pagi...tapi untuk tahun ini kami menyambutnya agak lewat kerana kekangan masa dengan berlangsungnya aktiviti Kembara Mahkota Johor di Kempas pada masa yang sama...Walaupun demikian terdapat hikmah disebaliknya...di mana apabila aktiviti ini diadakan selepas semua aktiviti peringkat sekolah selesai, kami dapat meluangkan lebih banyak masa untuk aktiviti peringkat panitia pula...termasuklah mengadakan aktiviti KMK panitia...
     Dengan adanya aktiviti sambutan Hari Guru di peringkat panitia ini kami merasakan hubungan kami lebih rapat & mesra lagi & adalah diharapkan semoga aktiviti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang...




Kek hari guru 2012 untuk guru-guru KHB tersayang...

Kek Hari Guru dari isteri En. Abd. Karim....

 

Guru-guru KHB perempuan ...





Guru-guru KHB lelaki yang hadir...

Saturday 12 May 2012

SAMBUTAN ULANGTAHUN PN. NORLIZA MADON...

     Pada hari ini telah diadakan jamuan sambutan ulangtahun salah seorang guru KHB SMK Kempas...iaitu Pn. Norliza bt. Madon...Jamuan diadakan selepas kursus LDP siri 2 Kendalian Panitia diadakan...
     Walaupun jamuan ini dibuat secara kecil-kecilan, tetapi ianya sangat bermakna bagi kami semua...kerana dengan adanya aktiviti ini dapat merapatkan lagi tali silaturrahim di antara kami ahli-ahli panitia...
     Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi di masa-masa yang akan datang...

     Kepada Pn. Norliza bt. Madon....Selamat menyambut ulangtahun...semoga selamat, bahagia & berjaya di dunia & di akhirat...


Add caption

Add caption




Antara guru-guru KHB yang hadir...dari kanan...Pn. Meena. Pn. Norliza & anaknya, Pn. Nor Arfizah, Pn. Azlin & Pn. Rosita....
Pn. Norliza bt. Madon & anaknya...Raudhah...






 En. Abd. Karim (Guru Kanan Tek & Vok), En. Mohadi, Pn. Siti Sarah & Pn. Nina...
Keluarga Panitia KHB SMK Kempas
      

Saturday 5 May 2012

JAMUAN KHAS UNTUK PN. HJH. ROSLIZA BT. TAIB

     Pada 21hb. April yang lalu, Panitia KHB bersama dengan beberapa rakan panitia di bawah Bidang Teknik & Vokasional yang lain telah mengadakan satu jamuan khas.  Jamuan ini khas diadakan untuk mengucapkan tanda terima kasih kami kepada bekas Guru Kanan Bidang Teknik & Vokasional  iaitu Pn. Hjh. Rosliza bt. Taib...
     Beliau telah banyak menyumbangkan jasa beliau dalam bidang ini...iaitu semenjak bermulanya bidang ini di SMK Kempas, pada tahun 2002 lagi...Segala tunjuk ajar & bimbingan yang telah diberikan amatlah bermakna bagi kami...tak terbalas rasanya segala kerjasama yang telah diberikan...
     Dari kami hanyalah doa yang dapat diberikan semoga Pn. Rosliza akan lebih tabah menghadapi segala rintangan & cabaran yang bakal ditempuhi nanti...

                         TERIMA KASIH KAK ROS!!!

Thursday 19 April 2012

MINGGU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU 2012

Aktiviti yang kedua yang diadakan pada hari Khamis, 19/4/2012 pula ialah pertandingan memasak.  Pertandingan ini disertai oleh 11 kumpulan yang terbuka kepada semua pelajar SMKK...







Antara hasil kerja para pelajar...




Sedap desert ni...

AKTIVITI-AKTIVITI MINGGU KHB 2012...







Aktiviti yang pertama ialah pertandingan gubahan terbuka kepada semua pelajar SMKKempas...

Monday 16 April 2012

MINGGU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

     Mulai hari ini, 16/4/2012 sehingga 21/4/2012 diadakan minggu KHB.  Bermacam-macam aktiviti diadakan...diantaranya ialah pertandingan kuiz tingkatan 1,2 & 3, pertandingan gubahan terbuka kepada semua pelajar pagi & petang dan tidak ketinggalan juga aktiviti yang paling mendapat sambutan & memang dinanti-nantikan para pelajar iaitu pertandingan memasak pagi & petang...
     Pertandingan gubahan akan diadakan pada hari Rabu, 18/4/2012...pertandingan memasak akan diadakan pada hari Khamis, 19/4/2012 manakala pertandigan kuiz akan diadakan pada hari Jumaat, 20/4/2012.   Adalah diharapkan semoga semua aktiviti yang telah dirancangkan ini akan berjalan dengan lancar & jayanya.. .insyaAllah...amin...

Guru Kanan Bidang Teknik & Vokasional baru...

     Mulai 9/4/2012...bidang Teknik & Vokasional akan mempunyai Guru Kanan Bidang yang baru iaitu Tn. Hj. Abd. Karim b. Hj. Masiran menggantikan Pn. Hjh. Rosliza bt. Taib.
     Pertukaran ini adalah kerana Guru Kanan yang lama telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelia Petang di sini menggantikan Penyelia Petang yang lama iaitu En. Saw yang beralih angin ke SMK...
     Perubahan ini diharapkan dapat memberikan suntikan baru bagi bidang Teknik & Vokasional di SMK Kempas nanti...insyaAllah...